Celak Mata Bersama Ust. Azhar Idrus

Assalamua'laikum sahabat blogger sekalian. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan untuk "mengupdate post". Mudah-mudahan kita sama-sama peroleh manfaat dan semoga Allah redha. InsyaAllah
1) Adakah dibolehkan dalam Islam ibu hamil membuat ujian imbasan (scan) untuk mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan?

- Tidak menjadi kesalahan melakukan 'scan' kepada ibu yang sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi dengan syarat:
a) Amalan tersebut tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
b) Doktor wanita yang melakukan 'scan'. Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram walaupun suami ada bersama ketika itu. Ini kerana 'scan' tidak termasuk dalam perkara yang darurat. Apabila keputusan 'scan' telah diketahui, hendaklah kita faham bahawa keputusan tersebut tidak semestinya betul 100% kerana hanya Allah yang bersifat maha mengetahui segala perkara yang ghaib. Firman Allah: "Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang amat mengetahui segala yang ghaib pada langit dan bumi." (al-Hujurat: 18) Ertinya, keputusan 'scan' tersebut boleh jadi betul atau salah. Ada beberapa kes yang telah dilaporkan berlaku kesalahan berkenaan keputusan jantina yang akan lahir ini.
c) Apabila telah diketahui jantina bayi pula, kita mestilah redha dengan apa jua jantina yang dikandung itu kerana anak merupakan nikmat yang sangat besar dan suatu amanah yang sangat berat. Amalan berduka apabila mengetahui jantina anak tidak sebagaimana yang diinginkan adalah salah di sisi syarak. Ini merupakan amalan jahiliah sebagaimana umat-umat musyrikin Arab yang tidak suka apabila melahirkan anak perempuan. Jadi, yang haramnya bukan terletak pada 'scan' tersebut tetapi pada tindakan kita apabila mengetahui jantina anak sama ada masih di dalam kandungan atau setelah dilahirkan.


2) Apa hukum jurufoto wanita keluar mengambil gambar bersama jurufoto lelaki dengan tujuan belajar bersama-sama dan bukan berniat untuk bersuka ria?
- Tidak menjadi kesalahan wanita outing dengan syarat mesti ditemani oleh mahramnya dan menutup aurat dengan sempurna. Ketika outing pula, dia tidak boleh duduk semeja berdua dengan lelaki melainkan bersama suaminya. Apa yang berlaku sekarang, kaum wanita tidak mematuhi hukum-hukum agama apabila berouting. Mereka tidak menutup aurat dan bercampur-gaul pula dengan kaum lelaki sambil bergelak ketawa. Sabda Nabi yang bermaksud "bahawa kaum wanita itu kebanyakan tubuhnya adalah aurat yang wajib ditutup." Para jurufoto di mana saja berada tidak terlepas daripada adab dan hukum agama yang wajib dijaga sama ada suka atau tidak. Sebagai muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, jurufoto juga mesti patuh pada ajaran agama. Agama itu sendiri bermaksud cara hidup. Apa ertinya beragama kalau cara hidup tidak menurut lunas-lunas agama.


3) Apakah hukum MLM (Multi Level Marketing)?
 - Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim dan Majlis Fatwa Indonesia telah memfatwakan bahawa sistem perniagaan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syariat Islam dengan syarat-syarat berikut:
a) Transaksi (akad) antara pihak penjual dan pembeli dilakukan atas dasar suka sama sukadan tidak ada paksaan.
b) Barang yang diperjualbelikan suci, bermanfaat dan telus sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan.
c) Barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.
Hal ini didasarkan pada firman Allah: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." (al-Baqarah: 275) 


Rujukan: Ustaz Azhar Idrus
               Pendakwah & Penceramah Maya
               Buku Q&A m/s 97




6 comments:

  1. syukran..ilmu adalah untuk disampaikan & dikongsi bersama..mudah2an Allah redha..InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. baru tau yang doktor lelaki scan perut tak boleh...ilmu baru ni.. ^_^ skang dah turn to 21 ukhti..hehe

    ReplyDelete
  3. Ckin Kembaq: Alhamdulillah, manfaat daripada perkongsian ilmu..walau x banyak, sekurang2nya berguna pada kita..InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  4. Ramai xtahu yg first..Alhamdulillah, perkongsian ilmu ini memberi manfaat pada semua..(^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...